MHI Sdn Bhd

Hiburan

Itu fitnah!!!

SUSUNAN NURFATEHA OTHMAN
lisaraniafaten@gmail.com

      PELAKON Elfira Loy sejak akhir-akhir ini terlalu banyak ditimpa kontroversi. Bermula kisah putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, kini Elfira sekali lagi menjentik perhatian umum. Ia apabila pelakon ini didakwa sebagai punca keretakan rumah tanga antara Nazim Othman dan bekas isterinya, Bella Dally.

Terkejut dengan tuduhan terbabit, Elfira menerusi laman sosial Twitternya beberapa hari lalu menafikan tuduhan tersebut. Penafian itu dibuat Elfira berikutan seorang pengguna Twitter telah menulis dan boleh dikatakan menuduh Elfira sebagai perosak rumah tangga Nazim dan Bella di Twitter. "Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah, tapi sakit juga hati ini.

Adakah awak 'tweet' sekadar untuk mendapat 're-tweet' atau memang nak fitnah saya," persoal Elfira kepada pemilik akaun Twitter Mohamad Azif@hazifflatiff yang terlebih dulu membuat tuduhan terhadap Elfira.

Dapatkan akhbar Melaka Hari Ini untuk berita selanjutnya.