MHI Sdn Bhd

Komuniti

Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri Exco, MJPNM & PDRM edar cenderamata raya

 

      Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Kemudahan Awam, Mohd Sofi Wahab hadir menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Keselamatan Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 di Jalan Ayer Keroh, Ahad lalu.

Kehadiran Mohd Sofi bersama Jawatankuasa Majlis Jaksa Pendamai (JP) Negeri Melaka (MJPNM) turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohd Sofi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal bersama jawatankuasa MJPNM diketuai Presiden MJPNM, Datuk Md. Sirat Abu dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengedarkan beg cenderamata kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.

Dapatkan akhbar Melaka Hari Ini untuk berita selanjutnya.