MHI Sdn Bhd

Rencana

Buang sampah: Bukan setakat kurang kesedaran sivik

 

      h;INSIDEN seorang remaja maut dihempap kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah flat PPR di Pantai Dalam 15 Januari lepas nampaknya seperti tidak meninggalkan kesan di hati khususnya penghuni masyarakat itu. Ini kerana, sikap pengotor serta kurang sopan segelintir penduduk PPR yang masih meneruskan tabiat lama mereka.

Awal April lepas, peti televisyen dilaporkan seberat kira-kira 10 kg dibuang dari tingkat atas pangsapuri Taman Seri Intan, Ampang, Selangor. Ia menghempap sebuah kereta Perodua Myvi yang diletakkan di kawasan letak kenderaan flat berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan agak teruk.

Biarpun insiden kali ini tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kematian, namun persoalan paling penting ialah sampai bila situasi sebegini harus berlaku? Malah, jika ia masih berterusan, tidak mustahil insiden sedemikian boleh melibatkan kematian!

Dapatkan akhbar Melaka Hari Ini untuk berita selanjutnya.