Pertandingan Fotografi Pelancongan Melaka
Sempena Sambutan 750 Tahun Melaka
KATEGORI
SYARAT & PERATURAN
- Pertandingan terbuka kepada semua penduduk Malaysia dan antarabangsa.
- Tema petandingan mengenai 'Pelancongan di Melaka'.
- Peserta boleh hantar seberapa banyak penyertaan(gambar) sama ada dalam bentuk analog atau digital atau kedua-duanya sekali.
- Kos memproses dan mencetak imej dan penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Semua penyertaan analog atau digital dengan saiz minimum 8R dan hendaklah dicetak menggunakan kertas Canon Photo.
- Bukti penghantaran tidak bermakna bukti penerimaan.
- Gambar yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan semua penyertaan akan menjadi hak milik penganjur sepenuhnya dan berhak menggunakan gambar tersebut untuk tujuan publisiti tanpa sebarang notis.
- Penghakiman adalah berdasarkan subjek gambar, 'moment', komposisi, kualiti teknikal, keaslian, kreativiti, dan teknik mengambil gambar. Teknik kesan khas tidak dibenarkan sama sekali.
- Gambar yang dihantar mestilah penyertaan pertama kali dan semua imej mesti disertakan tarikh, tahun dan lokasi.
- Peserta hendaklah sertakan borang penyertaan bersama-sama dibelakang gambar.
- Adalah dimaklumkan bahawa penyertaan mestilah asli, sekiranya terdapat keraguan atau kekeliruan, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan kewangan atau sebaliknya yang dibuat oleh pihak ketiga atau pemilik hak cipta foto tertentu. Peserta juga perlu bersetuju menanggung kerugian sekiranya mana-mana pihak ketiga memulakan apa-apa tindakan terhadap penganjur berkenaan bahan yang dikemukakan.
- Penyertaan hendaklah dihantar sebelum jam 5 petang, 31 Disember 2012.

>>Muat turun borang penyertaan<< |